
Menjadi Jabatan yang CEMERLANG
pengurusan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program akademik untuk warga Institut mencapai misi dan visi IPGM
PENGUMUMAN/ MAKLUMAT TERKINI
Mengenai Kami
Jabatan Kecemerlangan Akademik mula ditubuhkan di semua kampus pada tahun 2019 (berdasarkan surat punca kuasa IPGM (Ruj. KPM.100-6/1/8 JLD.2 (7)) bertarikh 5 November 2018) yang mengambil kira peranan setiap IPG Kampus sebagai Pemberi Pengajian Tinggi yang mempunyai autonomi sendiri dalam merancang dan menggubal program latihan keguruan mengikut bidang masing-masing.
Hal ini kerana adalah menjadi satu keperluan untuk menjadikan IPG Kampus sebagai Pemberi Pengajian Tinggi yang berautonomi dan bertanggungjawab bagi memastikan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan akademik dijalankan dengan lancar dan berkesan bagi memenuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan keperluan prosedur kualiti
MS ISO 9001:2008.